Friday, August 22, 2008

Poligami

Aku masih setia dengan yang satu, tidak mahu atau sanggup aku menduakan yang satu ini. Walau kadang-kala terlintas jua keinginan di hati, tapi kerja poligami ini menuntut kesabaran yang tinggi, memerlukan banyak wang, masa dan tenaga. Sedangkan aku semakin kekurangan tiga benda yang aku sebutkan tadi.

Sebenarnya bukan ini yang aku nak ceritakan (guna bahasa brother HCJ), sebenarnya aku nak relate kan poligami ini dengan kerja aku sekarang. Aku masih setia dengan majikan aku ini. Walau berkali aku cuba berlaku curang (membuat kerja sampingan), namum aku gagal jua.

Macam-macam pekerjaan yang lain dari kerja asasi ini yang aku cuba lakukan, tapi satu pun tidak berjaya. Ia, aku masih setia. Majikan aku ini tidak sama sekali membenarkan kami berpoligami. Tidak seperti kamu kakitangan kerajaan, kamu sudah dibenarkan berpoligami disebabkan tekanan ekonomi sekarang ini. Maka bolehlah kamu berpoligami.

Apa yang kamu sedang buat dengan keizinan berpoligami dari majikan kamu itu..ada yang menjadi Jurufoto sambilan, ada yang bergiat dalam MLM, ada yang berniaga di Pasar Malam dan ada yang membuat projek kecil-kecilan, subkon kata orang sekarang.

Akhir sekali aku cuba berlaku curang dengan projek ternakan lintah, yang ditaja oleh biras aku. Sekarang ini kolam kanvas kat rumah aku pun sudah bungkus dan para lintah sekalian berpindah ke kolam simen di rumah biras aku. Dulu masalahnya, tiga bulan tak nampak anak-anak lintah yang keluar. Tapi sekarang, sudah pun ada akan hasilnya itu. Maka kejayaan itu, biras aku yang punyalah. Aku masih gagal.

Sekarang, teringin pula nak buat projek ternak ikan keli. Ternak dalam kolam kanvas dengan menggunakan teknologi moden. Modal RM20k, peralatan dibekalkan oleh mainkon. Empat kolam bersaiz 20 x 40 kaki dengan anak keli 4000 ekor satu kolam. 4000 X 4 kolam = 16000 ikan. Kadar kematian anak ikan 10%=1600 ekor. 16000-1600 = 14000 / 5(200gm seekor) = 2800 kg X RM4 = RM11200.
RM11200/3 bulan = RM3733 sebulan (Pendapatan kasar).


Adakah berbaloi? Mungkin jugak kerana tidak perlu berlaku terlalu curang.

1 comment:

[mohamadtahir] [mz] said...

zamri---> kehkehkeh:)) wah makin berseni citer dan ayat2 ko...:))