Wednesday, May 07, 2008

OCS Menuju Puncak Angsi

Oleh : Nazril Izham Nor Azmi

Pada 3 may 2008 yg lepas, Unit OCS di CoIT, telah menganjurkan satu dakian ke Gunung Angsi. berikut adalah catatan perjalanan ...

7am - kami berkumpul di CoIT dan bertolak sejam kemudian dgn menaiki bas setelah semua peserta tiba. Lebih kurang jam 9.30am - rombongan tiba di Kawasan Perkelahan Ulu Bendul, setelah bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Unit Operasi, kami bertolak ke route Warong lebih kurang 2km sebelum kawasan perkelahan tersebut.

Selepas sesi penerangan, lebih kurang jam 10.05am kami memulakan dakian dengan dakian yang agak curam. Dengan bantuan En. Zamri dari DNIM sebagai penunjuk arah, En. Sollahuddin dari RMR dan En. Nah Wan dari Jabatan Kejuruteraan. 30 minit dakian yang pertama agak mencabar kerana dakian yang agak curam. Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan melalui trek balak sehingga sampai ke puncak yang pertama.

Kami mengambil peluang untuk berehat sekali lagi kerana selepas ini kami akan melalui trek yang agak mencabar. Setelah berehat, kami memulakan perjalanan semula dengan menuruni bukit sebelum mula mendaki semula menuju ke puncak Gunung Angsi yang berada pada ketinggian 825 meter. Pelbagai dugaan dan cabaran dilalui, Alhamdullilah semuanya selamat tiba di puncak dengan kumpulan pertama tiba lebih kurang jam 12.30tengahari dan yang terakhir tiba 30minit kemudian.

Selepas hampir sejam berehat, menjamu selera sambil menikmati pemandangan, kami memulakan semula perjalanan menuruni Gunung Angsi melalui route Ulu Bendul. Perjalanan yang agak sukar dan mencabar menjadikan dakian ini antara dakian yang sukar dilupakan oleh sesetengah pihak.

Tiba di Jeram Kak Lang, kami mengambil kesempatan untuk mandi manda sambil berehat. Air sungai yang sejuk dan deruan air yang agak laju, hampir membuat antara kami melupakan sebentar penat jerih perjalanan turun sebelum sampai ke jeram Jeram Kak Lang.

Selepas mandi manda, kami memulakan langkah semula menuju ke kawasan perkelahan Ulu Bendul. Kami mengakhiri perjalanan kami dengan orang terakhir tiba lebih kurang jam 6.45petang.

Bas yang kami naiki memulakan perjalanan pulang ke CoIT lebih kurang jam 7.45malam dan tiba jam 9malam di CoIT.

Kepada mereka yang mengikuti kembara ini, tuan/puan/cik/adik/kakak/abang/mak/ayah .. "korang semua memang best, hope kita dapat bersama lagi untuk aktiviti seterusnya."

Antara mereka yg terlibat ..
Nazril, Yusri, Shahman, Hafiz - trainee dari UNITEN, Rostam, Khairil, Azahari, Ros Azmir, Kak Dalila, Abang Rosli Limat, Abang Raja DC, Kama-NESE, Azrol, Zanzurina, Isfaruzi, En. Fauzan, En. Zulkifli - DNIM, kawan Cik Zanzurina dari KLCC Holdings kot ..
dan di bantu oleh En. Nah Wan , En. Zambri, En. Sollahuddin - RMR dan En. Jumari.

Menyusul kemudiannya ..
Zamri - DC CoIT, En. Rumaizi dan Cik Naza

No comments: