Friday, May 23, 2008

Bisnes buku : Komen dan jawap Sifupts

Sumber : //universitipts.com/index.php/site/comments/margin_keuntungan/

Thursday, May 22, 2008

Tip Survival Penerbit: Buku Kategori Apa Paling Menguntungkan

Jika saudara hendak menjadi penerbit, sebaiknya saudara buat kajian pasaran kategori buku apa yang saudara mahu terjuni.

Soalan ini adalah paling asas: Buku kategori manakah yang lebih menguntungkan dari sudut bisnes?

Lain jenis buku, lain gelagatnya dalam pasaran.
Sebagai contoh, jualan buku-buku remaja PTS sangat tinggi dari sudut jumlah unit yang terjual. Banyak judul novel remaja PTS dicetak 5 ribu naskhah setiap kali cetak.
Tetapi, buku-buku untuk bacaan remaja dibeli menggunakan wang saku yang dibekalkan oleh ibu bapa, oleh itu harganya tidak boleh terlalu mahal. Justeru, margin keuntungan buku-buku remaja adalah nipis.

Yang paling nipis margin keuntungannya adalah buku untuk kanak-kanak. Ibu bapa mempunyai persepsi buku kanak-kanak tidak patut mahal. Inilah faktor yang menyebabkan kita perlu menjual puluhan ribu unit bagi setiap judul buku kanak-kanak.

Dari sudut keuntungan, buku-buku bacaan dewasa lebih menguntungkan walaupun jumlah unit jualannya lebih rendah. Orang dewasa sudah bekerja oleh itu mereka mampu membayar lebih bagi buku yang mereka suka. Buku-buku agama adalah jenis buku yang paling banyak dibeli oleh pembaca dewasa.

Namun, yang paling menguntungkan adalah buku-buku profesional kerana golongan yang membeli buku-buku itu mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.
Buku "Change!" ini dijual pada harga RM55 di Semenanjung dan RM58 di Sabah dan Sarawak. Buku ini adalah buku motivasi harga-mahal yang isi kandungannya ditargetkan kepada golongan pembeli profesional yang bercita-cita tinggi mahu naik cepat di tangga kejayaan.
Keuntungan daripada menjual 2000 naskhah buku profesional adalah sama banyak dengan menjual 10,000 naskhah buku remaja, dan sama banyak dengan menjual 30,000 naskhah buku kanak-kanak.

-------------------------------------------Nota Kuliah:
ainon@pts.com.my Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam Kategori/Fakulti : (2) Diskusi Kuliah Permalink

Komen:

Zamri Mohammad on 05/22 at 09:34 AM
Salam puan,
Nisbah keuntungan 2:10:30 untuk buku profesional, remaja dan kanak-kanak ini untuk penerbit sajalah. Pengedar buku tetap mendapat diskaun 35% untuk semua jenis kategori buku, bukankah begitu?
Saya sudah tidak sabar lagi untuk memulakan bisnes buku berpandukan fakta ini.
Zamri Seremban.

Jawab:
Puan Ainon Mohd. on 05/22 at 03:55 PM
Sdr. Zamri Seremban,
Adalah tidak benar bahawa pengedar mendapat diskaun 35% bagi semua kategori buku. Dalam industri buku kanak-kanak yang belum pandai membaca, sebagai contoh buku belajar menulis, buku mewarna, buku belajar mengeja, buku belajar mengira, rata-rata pengedar meminta lebih daripada 50%. Malah ada pengedar yang meminta sampai 70%.

1 comment:

Anonymous said...

Modal yang diperlukan hanya RM5 sahaja..

Murahkan? Korang kene cuba program ni kalau korang semua nak tambah duit poket korang..Keuntungan berlipat kali ganda tau..

Xrugi korang modalkan RM5 untuk dapatkan pulangan pendapatan yang lumayan..

Sesape je leh join program ni..Program ni betul2 wujud, murah, senang dan menguntungkan sekali..

Xnak ke beli kerta sendiri? Beli rumah? Bayar duit pengajian?

Rugi kalau korang xnak join..Program ni jujur pada ahli-ahlinya..

Pertama sekali, korang perlu daftar dan buat pembayaran di bank sebanyak RM5 je..LANGKAH-LANGKAH yang perlu korang ikut akan diterangkan dengan jelas dalam laman web yang telah disediakan..

Jangan risau la..Aku bercakap benar yang program ni betul2 wujud dan memang menguntungkan sekali..

Memang rugi la kalau korang sia-siakan peluang yang ada di depan mata korang..

korang cuma daftar & bayar RM5 sahaja..Kalau korang xbayar pendaftaran,nanti korang xleh dapat keuntungan sebab ID korang xkan diaktifkan selagi korang xbayar RM5 je tu..

Lepas tu, duk diam2..aku yg akan bekerja 24 jam sehari mencari downline untuk korang..

kalau korang rajin nak cari downline sendiri, pun tak pe..tapi kalau rasa malas nak cerita and anta emel sana sini, korang duk diam aje la.. xyah buat ape2..tunggu aje duit masuk.

Jangan risau sebab program ni dah limit bawah aku kena ada 5 downliner aje..x boleh lebih.. org ke enam tu auotomatik kene pass kat org bawah..so korang tak yah risau aku makan sorang la ek..

setakat ni aku boleh dapat sehingga 10 org ahli baru sehari.. kat siapa aku nak bagi downline aku tu??? kat korang yg join team aku lahh kan?...

so camner? minat tak? sapa tak nak tu memang rugi la... program lain, korang kene anta emel sana sini. kat program ni, di bawah aku, korang tak yah wat ape2 sbb aku yg buat untuk korang..korang cuma daftar n buat bayaran RM5 sahaje.

bole dapat sehingga RM1220k ++... banyak tu... sapa tak mau..Korang xmau ke?

Fikirlah..Kalau korang x ubah nasib korang, sape lagi yang nak ubah kan?

Daripada membazir duit beli rokok, g shopping yang sentiase nak habiskan duit korang, lebih baik spend modal RM5 korang untuk join program ni..Banyak kelebihan yang korang akan dapat..Banyak giler..

Kalau nak join, sila klik URL di bawah.


http://rm5je.com/?ref=9132
http://rm5je.com/?ref=9129



Mulakan bisnes anda dengan modal hanya RM5 sekarang dan nikmati keuntungan yang berlipat kali ganda!!!