Monday, July 16, 2007

Solat berjemaah


Date : 16.07.2007

Time : 22:40


Malam ini, baru saya dapat menunaikan solat berjemaah di Surau Ehsaniah, Blok 5, Flat Taman Bukit Angkasa setelah sebulan menginap di sini. Di taman ini, terdapat dua buah surau yang sering berselang seli mengalunkan azan setiap kali masuk waktu sembahyang. Setelah bangun dari lena yang panjang, mengemaskan diri dan bergerak ke kedai mamak untuk sarapan petang, milo O panas dan roti canai kosong RM1.90 dan kemudian azan maghrib pun berkumandang. Terus menghabiskan saki baki air milo dan mengambil air sembahyang untuk bersolat berjemaah. Habis solat, sedikit wirid dan doa kemudian ditamatkan dengan bersalawat sambil bersalaman satu pusingan. Selepas solat sunat bagdiah(selepas) maghrib, tok iman mengeluarkan kitab Fadhail Amal dan membaca fadilat zikir.


Bacaan Kitab Fadhail amal adalah satu amalan yang disarankan oleh kumpulan Jemaah Tabligh untuk amalkan. Amalan yang disarankan ialah baca kitab ini selama setengah jam di rumah dan setengah jam lagi di surau atau masjid. Masa membaca ialah mengikut waktu masing-masing yang dirasakan sesuai. Ini dapat menimbulkan keghairahan untuk melaksanakan amal ibadat.

No comments: