Sunday, November 06, 2005

Selepas hari raya

Macam biasa seperti tahun-tahun yang lalu, Pak Chik akan mengalami sakit perut pada hari raya yang kedua. Tidak tahu apa sebabnya, nak kata makan kuih banyak sangat pun tidak. Biaq p lah nak kafarah dosa tu kot.

Hari ni pak chik masuk kerja dah, walau pun office belum buka tapi pak chik kena kerja jugak. Orang IT lagu tu lah. Tapi tak kisah, dah tua-tua ni raya sari dua dah cukup. Bukan nak dapat duit raya pun. Partner Pak chik lantak cuti hingga 10 hb.

Bila mai kerja ni pak chik dok teringat la tentang ketidakpuasan apa yang pak chik dok buat selama ni. Untuk makluman kekawan semua ada dua kerja yang pak chik buat tapi kerja tu orang lain punya. Yang satu tu, unit lain punya. Satu lagi, boss punya. Dan, kedua-dua kerja ni tak masuk dalam KPI (Key Performance Indicator=Sasaran kerja) pak chik. Yang unit lain tu, makan masa kerja pak chik 1-2 jam sehari. Yang boss punya makan 2 jam sebulan sekali. Tak pa lah, saja nak luah kat sini. Nanti, mesyuarat bulanan pak chik bangkitkan benda ni. Kita tengok macam mana pak chik mempersembahkan benda ni dan apa hasilnya.

Akhir kali ini, pasal studi pulak. Nampaknya apa pun tak jalan lagi. Plan pun tak buat lagi, load tugasan, strategi kali ini dan nota-nota pun tak kemas lagi. Malam ini la, baru nak buat semua. Mai kita tengok strategi last sem ni, macamana? Tungguuuu..

1 comment:

Anonymous said...

Week on the Web
A CHINESE blogger's site has been shut down days after its nomination in the "freedom of expression" category of an international blogging contest.
Find out how to buy and sell anything, like things related to road construction safety equipment on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like road construction safety equipment!