Wednesday, September 21, 2005

Result dah dapat


Nape..tak leh upload result ni pulak (Dah boleh, 10.10.2005 - 2:02 am)..TAK PE LAH. Nanti boleh upload, pak chik upload kat sini.
Keputusannya jeng jeng..2A-, 1B+ dan 1B. PMK (GPA) = 3.42 dan PMS (CGPA) = 3.1 . Syukor la tu.

Saturday, September 10, 2005

Kesibukan alam pekerjaan



Setelah menamatkan final exam pada 20 Ogos tempohari, maka inilah bermulanya kesibukan alam pekerjaan. Setelah menjalani kawad merdeka selama 5 hari, tiba-tiba disaat akhir dipanggil pula untuk menjalankan test sistem baru pada 1 hgg 4 Sept di PJ.Maka melepaslah untuk menyertai perarakan merdeka di wilayah ini yang berlangsung pada 4 sept. Setelah pulang bekerja di Ofc selama seminggu, dipanggil lagi untuk ke sana dari 12 hgg 16 sept pulak..Begitulah alam pekerjaan ini. Kadang2 lapang, kadangkala sibuk sampai tak dan nak buat apa. So, itu saja kot.

Saturday, August 13, 2005

Dua hari lagi nak final exam


Final exam aku bermula 16 Ogos ini hingga 18 Ogos then break sari, pastu last paper 20 Ogos..Persediaan? macam biasa.. selagi tak cering(=tegak) bulu roma, tak keluaq peluh sejuk..selagi tu la tak studi pun..Kalu ada, cuma review apa yang nak naik..Susun- susun nota dan garis-garis apa yang patut..Heran..awat (=kenapa) jadi lagu tu..Mungkin, dah lama ngaji kot..so jadi jemuih(=bosan)..Pengalaman yang lepas, kalu pulun pulun (=bersungguh)pun mai exam jadi jem habis..So layan diri dan tak payah pening-pening..Just angguk angguk geling geling - cukup..Dan lagi..Tip untuk final dah dapat..he he.. Semoga berjaya.

Friday, July 01, 2005

Begitu cepat masa berlalu

Salam..

Udah 12 hari masa berlalu setelah pertemuan yang ke -3 @ mid term exam, pengajian PJJ aku. Ada 4 assignment yang perlu dibereskan. Satu dah kira kantoi..Coz janji ngan lecturer nak hantar pada 21hb lepas..Last-last tak siap jugak..Pas tu terus selop tak buat apa dah..Nampak gayenya nak kena tarik diri lagi dan delay pengajian ni untuk satu sem lagi..

La ni hanyut terus..balik keja tengok tv @ Astro Movie je..4 malam yang lepas tengok cite budak U jugak dah 7 tahun ngaji tak habis-habis..Last-last jumpa makwe sorang tu bagi dia semangat..tinggai lagi 14 unit nak tamat pengajian..rasa teruja jugak tapi tak bergerak-gerak lagik..3 malam slps tu pulak tengok cite malaikat maut turun ke dunia..tolong settle masalah orang kaya dengan company dia..lepas sambut birthday yang ke 65 dia pun bawak p le orang tua tu..Rasa insaf jugak betapa cepat masa berlalu..Dah menghampiri umur 40 tahun dah..Banyak yang belum disediakan lagi..Ngaji agama langsung dah..Jemaah pun lama tak join..Alasan sebab ngaji le sape pun tak berani kacau..Kalu jumpa pun tanya bila nak habis ngaji..2 malam pas lagi tengok cite kuda race..betapa kuda kecik yang dilatih dan digabungkan dengan kebolehan joki serta pelatihnya dapat menang semua race.. Hai..semalam tengok apa pun tak tau..Bola..dah 4 - 1 balik keja jam 3:30 pagi..last-last tidur jam 5:30 pagi..

Rini..macam nilah..kerja petang masuk jam 3:00 balik tak tau lagi..la ni dah 1:30 pagi..esok ada sidang video dengan CEO..Nampaknya tak p kot..Sukarela saja..Lagi pun aku sorang je wakil ofc yang non-exec..Cukup kot..

Baru nak mula tulis kat ruang Blog ni..Tak tau nak cite ape..Kalu sape-sape nak cadang boleh le..Cuma saje nak keep track my live & dapat asah minda banyak sikit..Kalu rajin membaca tapi tak tulis pun tak jadi jugak..mungkin boleh cuba macam akhifaizul punya blog..seronok juga bila boleh tulis cam tu..atau pun cam hilmikhairi ke..

Sekian, wasalam.

Thursday, June 30, 2005

Bermulalah catatan ini

Baru bermula untuk mencatat..masih blank..mungkin ini boleh dijadikan satu dari luahan rasa..atau keep track kehidupan..sama ada betul atau salah..biarlah takdir yang menentukan..Ofc