Friday, April 18, 2008

Make it perfect wahai bapa.

Inilah istilah yang boleh digunakan untuk menjadi bapa kepada anak-anak remaja sekarang.

Kenapa?
Remaja sekarang (bermasalah) cuba menutup kelemahan diri mereka seperti malas sembahyang dan belajar dengan mencari apa saja kelemahan yang ada pada bapanya untuk dijadikan alasan. Bagaimana bapa dapat menutup kelemahan ini. Jadilah sesempurna yang mungkin.

Persoalannya pula, apakah kesempurnaan itu dan apakah sandarannya. Tentulah amalan agama yang menjadikan seseorang itu sempurna dan inilah sandaranya.

Tidak perlu lebih-lebih pun, cukup sekadar menghidupkan amalan agama dalam diri dan keluarga. Sembahyang berjemaah dengan keluarga sekali-sekala. Sembahyang berjemaah di masjid sentiasa, terutama waktu Subuh dan Isyak. Membaca al-Quran setiap hari, berhiburlah jika mahu dengan alunan zikrullah dan bacaan al-Quran. Dengar nasyid pun jangan. Nonton tv sekadar berita dan isu-isu semasa.

Bacalah doa disetiap aktiviti seperti doa sebelum makan, semasa menaiki kenderaan dan sebelum tidur. Tasbih sentiasa ditangan dan zikirlah dengan dengan zikir yang biasa-biasa sahaja. Tasbih, tahmid, takbir , istigfar dan salawat ke atas nabi SAW sebanyak 100 pagi dan seratus petang. Atau jika mahu boleh ditambah dengan zikir harian Imam al-Ghazali sebanyak seribu sehari itu. Hiduplah seperti waliullah yang tidak tahu marah-marah, kuat bersabar dan sentiasa zikrullah dimulut.

Akhir sekali pesanan untuk diri sibapa ini, jika tidak mahu jadi idola jangan jadi bola.

No comments: