Sunday, November 11, 2007

Permulaan Pengajian Usuluddin

Kelmarin (10.11.2007), aku telah memulakan pengajian usuluddin di Universiti Malaya di bawah kelolaan UMced. Prof. Madya yang mengajar kami baru pulang dari Mesir setelah terlibat dalam mengendalikan pelajar Malaysia di sana selama beberapa tahun. Kursus yang aku ikuti ini, adalah modul kedua setelah cubaan untuk mendaftar modul pertama gagal kerana kelas telah penuh. Pengajian modul 2 ini terdiri daripada Pemikiran Islam, Akhlak Islam, Asas Dakwah dan Seni Islam.

Hari kelmarin, bermulalah pengajian subjek pemikiran Islam peringkat sijil. Subjek ini membicarakan kepentingan pemikiran dalam Islam dan peri pentingnya pemikiran ini di'set'kan kepada pegangan yang benar. Jika tidak, wahasilnya maka lahirlah para teorioris yang telah tersalah pegangan dan pemikiran mereka sehingga sanggup melakukan pembunuhan yang tidak wajar.

Seterusnya nanti, skop perbincangan subjek ini akan menjurus kepada:
i. Pandangan Islam tentang akal dan kedudukannya.
ii. Pengertian fikir, pemikiran dan pemikir.
iii. Islam: Pengertian dan beberapa konsep berkaitan.
iv. Apakah sebenarnya pemikiran dan siapakah pemikir Islam.

Kami juga disarankan untuk membaca buku Tuan haji mahmud (2000) yang beliau telah terjemahkan ke dalam bahasa melayu. Juga mencari maklumat berkaitan konsep manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

No comments: