Monday, November 19, 2007

Kembali bersemangat

Salam blogger..

Berikut adalah komen aku dalam blog Azma al-Bazrah:-

"Caya lah Azma, Pak Cik pun tersemangat balik, bila baca nasihat Azma pada adik faiza ini. Pak Cik pun tengah belajar Diploma IT(Software Engineering) kat CIUC. Sudah semester 5 pun, tapi kerana gagal naik pangkat baru-baru ini, menjadikan semangat belajar itu telah lari entah ke mana. Pak Cik suka suku kata 'ilmu Allah', 'limpahan dari alQuran' dan 'amanah oleh Allah'. Cukup setakat ini komen pak cik, nanti pak cik sambung panjang-panjang dalam blog pak cik."

Dan ini petikan nasihat Cik Azma kepada adik Faiza..(dengan sedikit edit - posted 12.11.2007 . Seminggu di Uitm )

"Komputer Engineering yang Faiza ambil itu sebenarnya ilmu Allah. Bidang yang sebenarnya limpahan dari al-Quran. Faiza diberi amanah oleh Allah...untuk memahami bidang komputer ni. Akak tidak tahu apa-apa pasal ni. Faiza mesti jaga baik-baik amanah ini. Sebab nanti di akhirat Allah akan tanya, ke mana usia mudamu telah dihabiskan. Allah akan tanya tentang amanah bidang komputer engineering yang Faiza ambil ini. Kalau Faiza jaga baik-baik amanah ni.... Faiza akan masuk syurga Allah dengan mudah."
"Faiza solat tak?"
"Solat, tapi tak cukup."
"Jaga solat... Allah akan jaga Faiza. Di depan kita ada dua jalan. Terserahlah Faiza nak jalan yang mana. Kalau Faiza nak berjaya, dunia dan akhirat tentu Faiza akan guna akal yang diberi dan keluar dari comfort zone yang Faiza duduk sekarang."
"Akak, tapi saya tak dapat faham malah tak suka dengan pelajaran saya. Saya susah nak solat subuh."
"Faiza, semua mata pelajaran yang kita belajar tu makhluk Allah juga. Cuba Faiza timbulkan rasa "love". Kalau Faiza pegang buku, peganglah dengan penuh rasa cinta. Mula dengan bismillah dan doa. Walau bagaimana tak suka pun, berdoalah supaya Allah kurnia rasa suka."
"Kalau Faiza mula memberi rasa cinta kepada ilmu, Faiza akan dapati, ilmu itu juga cinta kan Faiza."

Maka petang ini, aku bergegas ke CIUC dengan penuh semangat. Berjumpa dengan bahagian admin untuk membuat sedikit pelarasan..iaitu hendak buat dua paper lagi tranfer kredit. Kemudian, ke kedai mamak sebelah untuk pekena secawan teh tarik dan sekeping capati. Tepat jam 6:15 pm, aku naik ke kelas. Dan...ada dua orang sahaja. Eh eh, mana pergi yang lain. Kemudian dimaklumkan oleh adik dan kakak tu, kelas tiada.. Alamak! cikgu sudah maklumkan minggu lepas, tapi minggu lepas aku tidak datang kelas. Tunggu kejap, dan cuba-cuba laman web yang aku sudah siapkan untuk tugasan dan sedikit sesi perkenalan dengan adik kakak. Seorang masih muda, form three tahun 1998 dan yang lagi tu veteran macam aku. Sudah kahwin kakak tu tapi belum ada anak. Inilah kelas web yang aku jumpa veteran macam aku, kelas yang lain tu semua muda-muda cinone. Hendak bersembang pun tidak tahu. Dia orang boleh dikira sebagai senior aku. Mula belajar tahun 2005 dan aku 2006. Kemudian, cikgu pun masuk kejap, ambil tandatangan dan keluar. Aku pun, tengok jam, sudah maghrib pun cabut.

Singgah surau pejabat untuk maghrib dan masuk pejabat untuk kemaskini blog aku. Sempat juga tolong member adjust file untuk buat laman web dia. Dengan kursus membina laman web minggu lepas dan subjek Web Design and Publishing kat CIUC ini, aku boleh dikira sudah masak dengan ilmu buat web ini. Petang tadi, sebelum ke kelas, sempat aku meng'sms' kepada rakan-rakan sekerja dan kenalan "Asm..kami geng Ppjit, baru tamat belajar buat web minggu lepas. Jika tuan ingin bantuan maintain laman web, kami sedia membantu. Ingat..kami bukan along, kami cuma nak tolong." Ini sebagai menghargai dan mengsyukuri ilmu Allah ini.

Semoga diberkati..Amin.

1 comment:

~albazrah~ said...

Insya Allah pak cik, kita sama2 syukuri nikmat yang Allah beri pada kita. Kalau kita sentiasa syukur, ALlah akan tambah. Saya pun jadi bersemangat baca entri ni.