Wednesday, October 19, 2005

Personaliti Pak Chik

My Personality

Rasional (NT)Seorang yang logik dan kreatif. Penuh dengan idea.Sangat rasional dan menganalisa segala-galanya.
Suka melayan orang lain dengan sedikit gila! Kecerdikan adalah perkara penting buat saya. Sentiasa suka menjadi manusia yang bergaya. Sebenarnya, saya seorang yang tidak suka orang lain menekan mental saya. Saya nampak berbeza- tetapi itu kerana saya sedang kuat berfikir
.Those who understand me best are fellow Rationals.
In love, I tend to approach things with logic. I seek a compatible mate - who is also very intelligent.
At work, I tend to gravitate toward idea building careers - like programming, medicine, or academia.
Dengan orang lain, saya seorang yang jujur dan berterus-terang. People often can't take your criticism well. As far as your looks go, you're coasting on what you were born with. You think fashion is silly.
Dihujung minggu, saya memenuhi masa dengan berfikir, experimenting with new ideas, or mempelajari perkara baru.

Tuesday, October 18, 2005

My Personality

Your Personality Is
Rational (NT)

You are both logical and creative. You are full of ideas.You are so rational that you analyze everything. This drives people a little crazy!
Intelligence is important to you. You always like to be around smart people.In fact, you're often a little short with people who don't impress you mentally.
You seem distant to some - but it's usually because you're deep in thought.Those who understand you best are fellow Rationals.
In love, you tend to approach things with logic. You seek a compatible mate - who is also very intelligent.
At work, you tend to gravitate toward idea building careers - like programming, medicine, or academia.
With others, you are very honest and direct. People often can't take your criticism well.
As far as your looks go, you're coasting on what you were born with. You think fashion is silly.
On weekends, you spend most of your time thinking, experimenting with new ideas, or learning new things.
The Three Question Personality Test

Monday, October 17, 2005

Bonus dah dapat

Selamat berpuasa ye..

Bonus dah dapat..Dengan kata lain bonus pendahuluan (interim) sebanyak 0.75 gaji, so boleh lah tengah dua ribu. Kalau ada duit extra ni, biasanya bayar hutang le dulu..He he takuttt. Hutang banyak lo. Maka tengahari tadi, pergi lah Pak Chik ke bank untuk membayar hutang dua kad yang berjumlah RM540 semuanya. Berkebetulan pulak bank kad baru je call tanya bila nak bayar hutang yang dah terlewat 2 hari tu.
Selebihnya, tidak lupa kepada Ibunda yang tersayang, kasi le sikit duit belanja raya, RM200. Bakinye..kasi bini lah! Beda buat kuih. Apa yang tak buat lagi nihh. OOO, baju raya si janteren belum beli lagi. Tunggu gaji lah, Ye. Si pomperen (pinjam bahasa geng Senario) dah emaknye buat awal-awal lagi. Karang lewat, tak boleh nak tempah dah.
Last pasal bonus ni..He he sape nak duit raye?. Sekadar sekeping merah dan terhad kepada 5 orang yang bertuah. Sila le email kat Pak Chik no akaun bank BCB sahaja. Siapa cepat dia dapat. Kalau tak de siapa-siapa yang mau (maklum le laman blog ni agak sunyi sikit). Kasi sama siSera je (No akaun dia Pak Chik dah ada).
Okaih.

Tuesday, October 04, 2005

Esok puasa

Assalamualaikum..

Kepada semua rakan-rakan blog, para pelawat dan ... Pak chik mengucapkan selamat berpuasa. Bermulalah dengan niat puasa untuk sebulan malam ini.. So, kalu terlupa niat pada hari puasa yang lain, niat sebulan ni boleh cover.

Azam Pak chik, nak habiskan baca tafsiran Quran untuk sebulan puasa ni. Tafsir yang pak chik guna ialah tafsiran oleh Ustaz SonHadji (Tafsiran di Radio)... Oleh itu, bermula malam ini pak chik kena habiskan membaca satu juz tafsiran sehari semalam. Yang lain tu, seperti biasa solat tarawikh 8 atau 20 rekaat. Dan akhir 10 malam Ramadhan, pak chik cuba dapatkan 2-3 malan untuk bermalam (ikhtikaf) di masjid.

Bulan puasa ini jugak pak chik akan memulakan pengajian jarak jauh (PJJ) kursus BBA pada 20-23 Oktober ini. Semester akhir ini, cuma tinggal lagi 4 paper untuk ditamatkan. 3 paper yang pak chik telah cicirkan (tarik diri = TD) dan 1 paper (Pengurusan Strategik) yang fresh. Pak chik menaruh harapan untuk skor 3.5 ke atas pada sem yang akhir ini. Harap rakan blog dan para pelawat dapat doakan kejayaan pak chik.

Sekian, wasalam.